Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, December 30, 2011

Tiada yang Mustahil

Dia singgah bersama anaknya untuk fotostat. Saya buat kerja seperti biasa sambil mengerling sekilas ke kertas-kertas yang dibawa. Sekadar berbahasa, bukan bertujuan menyibuk, saya bertanya, " nak hantar anak ke asrama?". Pertanyaan keramat itu akhirnya merubah hidupnya sekurang-kurangnya untuk hari itu.
Dia mengiayakan, katanya anak lelakinya itu dapat tawaran ke sekolah sukan - Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussien Onn, Kluang. Mereka sampai ke taman perumahan kami kerana mahu berjumpa seseorang, memohon bantuan atau pinjaman kewangan dari seseorang yang berjanji untuk memberinya pada hari itu. Namun, lama menunggu di luar pagar, orang yang dinanti tidak pulang juga. Katanya dia tidak cukup duit untuk perbelanjaan pendaftaran anaknya itu. Dia tunjuk dokumen pendaftaran yang berserta jumlah yang perlu dibayar. Dia tunjuk juga slip gaji suaminya. Allah, hati berdetik, jumlah bayaran pendaftaran (termasuk peralatan sekolah) hampir menyamai sebulan gaji suaminya.

Melihat wajahnya, hati terasa pilu. Esok, mereka akan berangkat ke sekolah. Bagaimana mahu menolong? Di tangannya hanya ada RM200, mana mahu dicari lagi RM500? Tidak dapat bantuan, pinjaman pun tak mengapa. " Akak ada barang kemas? Kalau ada, boleh pergi Ar-Rahnu" seperti tidak logik soalan itu, namun saya bertanya juga. " Kalau ada, dah lama akak gadai dik" jawabnya perlahan. Kertas-kertas yang dibawa saya belek lagi sekali. Saya kira anaknya hanya dapat beberapa B, atau C, mungkin juga D. Maklumlah asyik keluar daerah bermain bola sepak dan olahraga. Namun, tatkala tangan memegang slip keputusan UPSR itu, mata seolah-olah digam, terpegun dan kemudian hati diburu rasa sebak. Rasa bersalah menghantui diri kerana 'under estimate' dirinya. Budak di depan saya itu bukan hanya aktif bersukan, tapi dianugerahi Tuhan dengan hati yang terang. 5As - itulah keputusannya. Dia sudah menolak banyak tawaran sekolah berasrama penuh yang lain, kerana minatnya kepada sukan bola sepak. Mahu menjadi seperti Safii Sali, idolaya. Dia tidak ada di sekolah dari bulan Januari hingga Jun kerana sukan, hanya menumpukan sepenuh perhatian selama tiga bulan sebelum peperiksaan besar and he managed to get straight As. Bersamanya juga ada 35 sijil mewakili berbagai acara. Dia juga sudah khatam Al-Quran dan sekarang dia berdiri di sini bersama ibunya untuk sedikit bantuan kemasukan sekolah impiannya? How could such a smart and active student like him being overlooked by society at a critical and important period like this? Di saat orang lain keluar masuk pasaraya untuk membeli peralatan sekolah, dia dan ibunya juga sibuk ke sana ke mari, tetapi bukan ke kedai buku, kedai baju atau kedai kasut. Ke mana mereka pergi? Mereka turun naik bas, kadang-kadang membahayakan diri menaiki motorsikal buruk ke Baitulmal, ke pusat gerakan, ke sekolah, ke rumah penghulu, ke rumah orang berpengaruh, namun gagal mendapatkan sebarang bantuan.

I need to do something to help. God must have reasons by sending them here. I don't have much money myself, but I must figure out things. I asked the mother to leave her phone number and told her I'd call if I had a good news for her and her son. Soon after they left, I called and met a few people yang rapat dengan saya. God, miracle does happen. When I asked them to return to the shop three hours later, I had with me duit derma dari tiga orang customer, dan seorang sahabat, total - RM86. Dua yang lain bersetuju untuk memberi pinjaman, RM300 + RM200 = RM500. Tidak cukup dengan pinjaman, sahabat ini menghulurkan sedekah lagi RM100 untuk tambang dan makan. Sebagai tambahan, saya sedekahkan sedikit alat tulis dan beberapa buah buku. Itu saja yang saya mampu. Saya lihat wajah kedua beranak itu, cerah, penuh harapan dan semangat. Saya dan sahabat tersenyum puas dapat berbakti in our little ways.

Waktu yang semakin menghambat membuatkan siibu meminta diri untuk pulang. Tambahan pula waktu orang pulang kerja membuatkan jalan sesak dan agak merbahaya kepada mereka yang menaiki motor. Saya pandang wajah sahabat, " Terima kasih kerana menolong. Semoga kau dimurahkan rezeki, mana tahu, naik pangkat dan gaji tahun depan,". Sahabat tersenyum, mengangguk sambil berkata, " tapi aku hairan, takkan tak ada peruntukan untuk budak seperti ini?". Sebenarnya, dia akan dapat biasiswa dan juga laptop, tapi bulan Februari 2012. Namun, saya juga seperti kawan saya itu, sedikit kesal, kerana tiada bantuan di saat-saat kemasukan/pendaftaran di bulan Disember ini. Tapi, mungkin Tuhan mahu beri pahala kepada kami, bukan kepada orang lain. Only God knows best.

Fikiran melayang kepada kertas yang dihulurkan ibu muda itu sebentar tadi. Kertas cagaran atas pinjaman dari sahabat yang saya uruskan itu. Bukan geran tanah, bukan juga kertas pajak, tetapi slip akuan penerimaan permohonan BR1M dari LHDN. Itu sahaja benda berharga yang dia ada kerana slip itu akan digunakan semasa mahu menuntut RM500 nanti. Itu sahaja cagaran yang ada, dan mengingatinya, saya menangis di dalam hati.








p/s: Terima kasih kepada kawan-kawan dan pelanggan yang sudi menderma pada hari itu.

No comments:

Post a Comment