Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, January 6, 2012

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Sekolah yang baru dibuka ini memang menyenangkan penduduk taman berhampiran. Bolehlah jimat duit van bila anak-anak hanya berbasikal atau berjalan kaki sahaja ke sekolah. Namun masalah jalan yang sempit menyukarkan lalulintas. Mereka terpaksa berhimpit-himpit untuk pergi dan balik sekolah. Jalan yang ada hanya satu. Itulah jalan masuk, itulah juga jalan keluar. Jika mahu membuat pusingan u pun ada masalah kerana 'roundabout'nya berada di dalam sekolah, bukan di luar sekolah. Jelasnya, pusingan U itu hanya untuk pelajar-pelajar dan guru-guru sahaja kerana mereka inilah yang dibenarkan membawa kenderaan sampai ke dalam sekolah. Tapi, bila keadaan menjadi terlalu sesak, ramai ibubapa terpaksa buat 'u turn' dalam kawasan sekolah ini. Perbuatan ini dapat dielak sekiranya ibubapa faham dan memarkir kenderaan jauh sedikit dari kawasan sekolah, tidak perlulah menghantar anak betul-betul depan pagar sekolah. Kalau masih mahu hantar anak sampai ke depan pintu pagar sekalipun, jalan kakilah sikit, janganlah berkereta ke situ. Kalau naik motorsikal atau basikal, masih ok lagi kerana ruang jalan yang digunakan tidak banyak, tetapi sila fikirkan keselamatan anak-anak ini sekiranya terlalu banyak kenderaan berhampiran sekolah. Susah untuk mereka bergerak. Berhimpit-himpit mereka ini. Mereka terpaksa mengalah dengan kereta-kereta yang banyak. Bila dah berhimpit-himpit begini, senanglah untuk kemalangan. Itulah yang berlaku kepada anak perempuan saya semalam. Nasib baik hanya dilanggar basikal, kecederaan pun ringan. Saya berdoa tiada lagi kemalangan lain selepas ini. Orang dewasa tolonglah beri kerjasama. Beri laluan kepada murid-murid kerana yang bersekolah adalah mereka. Jangan sampai mereka fobia untuk ke sekolah. Dalam kes anak saya, dia sudah berada di sebelah tepi, namun jalan yang sesak masih menjadikan jalan itu sempit sampaikan seorang budak lelaki terlanggar basikalnya dan dia tidak dapat mengawal basikal lalu terjatuh. Saya tidak salahkan budak lelaki itu. Namapun kemalangan, namun saya minta kerjasama ibubapa lain, janganlah hampiri kawasan sekolah. Parking kereta anda jauh sedikit, kemudian berjalanlah ke sana. Biarlah laluan itu digunakan untuk van sekolah, motorsikal, basikal dan pejalan kaki sahaja. Jalan yang ada tidak besar, dikongsi pula dengan warga sekolah menengah di depan, lagilah menambah kesesakan. Di mana tempat parking yang sesuai? Bagi saya, kawasan sebelum tapak sekolah menengah. Nampak sahaja pagar sekolah menengah, sudah tidak boleh parking, apatah lagi di depan sekolah rendah. Saya amat berharap pihak sekolah mengambil pendapat saya ini sebagai suatu yang serius.

2 comments:

  1. masalah tuan telah kami bincang bersama PBT. Insyallah akan ada penyelesaian

    ReplyDelete
  2. Semua pihak perlu main peranan...jangan serahkan pada pihak sekolah sahaja....masyarakat juga perlu main peranan...barulah pihak berkenaan cepat bertindak... Saya setuju dengan blogger ttg parking jauh sikit n hntr ank jalan kaki ke sekolah...Better safe than sorry...

    ReplyDelete