Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, July 25, 2013

Bila Dah Suka - Mimie Afinie




Publisher:  Karnadya
Harga: RM23.90
Cetakan Pertama: 2009

Boleh tahan juga novel ini, walaupun ada perkara yang tidak logik mengikut keadaan teknologi masa kini. Contohnya bila Huda kehilangan telefon, bukankah boleh pergi ke syarikat telekomunikasi berkenaan, melaporkan kehilangan dan meminta nombor yang sama untuk telefon baru.  Kalau itu berlaku, rasanya Huda boleh menghubungi Amar, abangnya semula, kalau dia simpan nombor telefon abangnya dalam sim kad.  Kalau dalam telefon, mungkin tidak bolehlah.  Lagi satu, tidak diketahui sampai sudah kenapa papa Huda benci sangat kepada mamanya dan kepada Huda.  Tapi, nama pun novel, mestilah ada dramatiknya. Walaubagaimanapun, saya suka cerita ini.  Simple je.  Tak ada cerita cerita anak dato' ke Tan Sri ke.  Cerita orang biasa-biasa je.  Heroin pun tidak pandai masak, dahlah tu, belajar pun tak habis.  hehe.  Tidaklah macam sesetengah cerita yang menggambarkan heroin cantik, kerjaya hebat, rajin dan pandai masak, baik dan sebagainya.    Ada satu perkataan yang boleh saya agak, mesti penulisnya orang Pantai Timur, iaitu perkataan 'setentang'.  Saya rasa orang Pantai Timur saja guna perkataan ini sebab kalau ikut Bahasa Melayu yang betul, sepatutnya 'bertentangan'.  Telahan saya tepat, Mimie Afinie ini berasal dari Kuala Terengganu rupanya.  Anyway, good job.  

3 comments:

  1. hahaha.siap ulasan tu
    mmg la,sy juga suka kritik bila ada fakta yg silap
    cthnya balik dr london naik mas tp flt number MH1234.sdgnkan fakta, fligt dr London ialah MH001 @ MH003 je
    hihi

    ReplyDelete
  2. hehehe...mesti. Jangan sebarang je tulis. Itu baru reader dari MAS, belum doktor ke engineer ke kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.tau takpe ;)
      itu baru kuli je
      kalau bos besar mesti banyak dia nak komplen

      Delete