Semalam, anak saya tanya, " Mak, kes Aisyah ni kenapa?". Dalam hati, Aisyah mana pulak ni? Saya jawab tak tahu. " Mak tak baca paper?", Aik..selalunya itu soalan saya untuk dia. Pulang paku buah keras nampak. Rupanya dia tengah baca suratkhabar dan mungkin juga tengah baca kes Aisyah tu. At last, my husband terangkan kat dia serba sedikit pasal kisah kat UK tu. Kenapa saya tak tahu? Sebab dah 2,3 hari saya tak baca paper dan tengok berita dek melayan novel Bukan Hanya Ada Kita. Takpe..kes Aisyah tu, saya baca kemudian. Siapa Aisyah dan apa yang berlaku pada dia? Takde clue untuk saya, namun siapa pun dia, saya harap Allah lindungi dia dunia dan akhirat.
Meh saya bagi sinopsis Bukan Hanya Ada Kita. Hari tu saya dah post kat personal FB. Bila cakap pasal buku tentang bermadu ni, ramai je yang nak baca, walaupun kita memang tak suka tentang madu yang satu itu. Kalau anda, mahu bermadu atau menjadi andartu? hehehe...amboi soalan.
Membaca novel Nazurah Aisyah, entah kenapa saya rasa macam baca kisah benar saja. Memang selalunya orang buat cerita kebanyakannya berdasarkan pengalaman kan? Walau tidak pengalaman sendiri, mungkin adaptasi dari kisah orang lain. Novel ini, seperti juga novel dia yang lain, ada kisah di Johor, maklumlah penulis orang Johor.
Tiga tahun berkahwin senyap-senyap di luar negara dan tidak didaftarkan bila sudah balik Malaysia menuntut pengorbanan yang besar. Kesian isteri kedua, terpaksa merahsiakan status. Bila ibu bising suruh berkahwin dan memadankan dengan sepupu sendiri, barulah resah melanda, bagaimana mahu menangkis permintaan si ibu. Menambah perisa cerita, bila sudah terbit rasa cemburu apabila melihat layanan dan mendengar kata-kata romantis suami kepada si isteri pertama, si madu yang baik hati dan cantik menawan. Mulalah rasa ingin pergi dan mengundur diri, lalu konflik terjadi bila suami enggan melepaskan seseorang yang sudah dianggap 'the serenity of my heart', walaupun 'mem besar' sudah ikrar perang.
Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.
Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.
Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?
Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.
Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.
RM21.00
BEST BEST..ALAHAI LENEY NI
ReplyDeleteBUAT SAYA NK TAHU APA KISAH SETERUSNYA ;(
DH LAMA PUN X BACA NOVEL
Haa...nampak (sebut macam Abang Jem)
ReplyDeleteTak baca rugi...boleh juga tahu kod rahsia orang ada scandal ni. Hui..banyak ilmu dapat.