Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, November 28, 2013

Derma kepada Orang Bukan Islam

Setiap bulan, akan ada seorang lelaki tua Cina, Wong namanya datang mintak derma di kedai saya.  Dia wakil Persatuan Kebajikan Caring Kulaijaya, Johor.  Mulanya saya derma duit, tapi bila dapat tahu pusat itu juga terima barang-barang, saya dermakan pula baju terpakai.  Boleh dikatakan setiap kali dia datang, saya bagi baju lama je lah.  Kelmarin saya bagi paper lama/kotak pulak.  Sebenarnya saya nak jual paper tu, tapi apek yang janji nak datang ambik paper tu tak datang-datang, so, saya bagi kat apek Wong lah.  Nanti dia boleh jual, dapat duit jugak, kan? Tapi, dia tanya bolehkah bagi duit jugak sikit? RM2 pun tak apa.  Kesian pulak saya dengar.  So, saya bagilah RM5.  Boleh ke derma kepada orang bukan Islam?  Ini dari Ustaz Azhar Idrus:-


So, tak salah kita derma kepada orang kafir yang menggunakan duit itu untuk tujuan kebajikan, bukannya keagamaan.  Moga-moga dengan sedekah kita itu, menjadi musabab penurunan hidayah kepada mereka, siapa tahu.  Apa yang penting, Allah terima amalan kita dan masukkan kita ke dalam syurga.  Amin.  



1 comment:

  1. sy tahu jugak pasal tu.. boleh derma asalkan jgn bina tpt ibadat diorang

    ReplyDelete