Just in case you don't know; kalau kita pergi ke restoran, kita tak perlu bawak beras dan lauk mentah untuk dimasak. Kita juga tak perlu ke dapur restoran untuk memasak. Semuanya restoran tu sediakan - bahan mentah dan juga tukang masak. Sama juga bila kita nak fotostate atau laminate; tak perlu bawak kertas sendiri atau plastic laminate sendiri. Juga tak perlu buat sendiri sebab segalanya disediakan di kedai itu. Sangatlah annoying if you came to the shop, bawak plastic laminate sendiri, hanya untuk tumpang laminate di kedai. Siap nak buat sendiri pulak tu, tanpa minta izin, main buat saja. Sungguh tak ada adab.
Ini conversation saya dengan seorang pelanggan yang datang bawak dokumen untuk dilaminate. Bahan bacaan untuk sekolah anak. Dia dah siap letak dokumen tu dalam plastik laminate, lalu saya tanya kenapa guna plastic sendiri, susah untuk saya kira/charge. Katanya, " tengok kat office ada lebih". Ok, itu hal dialah, maybe bos dia tak kisah. Lalu saya laminatekan dokumen itu. Sedang saya buat, dia datang dari belakang. Sebaik sahaja saya siap laminate satu kertas, dia terus masukkan dokumen seterusnya tanpa minta izin terlebih dahulu. Saya memang tak suka orang masuk di 'workstation' saya. Sungguh tak ada adab. Budak-budak pun tak masuk, maksudnya mereka faham. Lagipun saya sudah buat sort of partition dengan mesin fotostate.
Lalu saya biarkan saja dia buat sampai habis. Dalam hati panas, Tuhan saja yang tahu. Saya tanya, kalau macam ni (nak buat sendiri), kenapa tak buat di office saja? Dia kata mesin laminate di office rosak. Bila dia dah siap, dia tanya something, tapi saya tak berapa jelas. Saya rasa dia nak bayar saya dengan plastic laminate yang dia ambik di office tu. Entahlah. Oleh kerana saya sudah panas hati, saya tak dapat tangkap apa yang dia kata dan saya cuma kata tak boleh. Biarlah dia pergi cepat-cepat.
To you readers, don't ever do the same. Hormatilah tuan kedai.
YaAllah, terkejut baca
ReplyDeleteada jugak kes mcm ni
mmg tak beradab sungguh
Memang. Satu kerja pulak nak sejukkan hati yang panas ni.
ReplyDelete