Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, August 7, 2014

Derma Ketika Susah

Ketika diri sendiri ditimpa masalah kewangan, terasa amat sayang untuk memberi derma kan?  Tetapi ketika itu jugalah ada orang datang meminta derma atau sedekah.  Begitulah yang selalu berlaku pada saya. Sedang saya berkira-kira menggunakan duit hasil jualan untuk pelbagai perbelanjaan seperti utiliti dan hutang pembekal, selalunya akan adalah yang datang.  Inilah yang berlaku pada hari ini.  Dua orang lelaki dari Kashmir, Pakistan, meminta derma untuk pembelian Al-Quran braille untuk pelajar-pelajar buta di sana.   
           Hati berkira-kira, mahu memberi atau tidak?    Berbelah bahagi kerana duit itu amatlah diperlukan untuk kelangsungan kedai.  Anyway, saya yakin, ini adalah ujian dari Allah.  Dia datangkan dua lelaki ini untuk menguji sejauh mana iman saya ketika ada duit di tangan.  Bukankah Allah sudah berjanji; 


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261).

(Ayat ini, honestly, saya pertama kali dengar dari Dato' Rosyam Nor...:) )

Saya tanya serba sedikit kepada lelaki berkenaan. Suspicious jugak sebab yang lagi seorang tidak ada rupa Pakistan, tetapi lebih kepada muka Melayu. Tapi yang banyak bercakap adalah lelaki yang seorang lagi, yang lebih berusia, bernama ...tak ingatlah saya tapi ada Khan di belakang nama. Katanya di sini, dia bermalam di masjid India di JB. Ada masjid India di JB? Entahlah.


Berbaik sangka sahajalah. Saya anggap Tuhan sedang tunggu masa saja nak bagi saya rezeki melimpah ruah kalau saya saya berderma kepada mereka. Perlu ada pemikiran begini sebab duit yang ada amatlah diperlukan untuk diri sendiri. Jadi, saya bukak laci, ambil satu not RM20 dan satu not RM10. Itu sahajalah not besar yang ada. Selebihnya adalah not RM5 dan RM1. Jadi, RM30 sajalah yang mampu didermakan. Semasa keluar, seorang pelanggan saya menghulurkan RM10 lagi kepada mereka. Alhamdulillah.

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Sebenarnya disaat ini, Allah sudahpun menggantikan semula apa yang saya dermakan tadi dengan jumlah dua kali ganda.  Thank you Allah.  Allah tidak mungkir janji, percayalah.  

No comments:

Post a Comment