Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, August 29, 2014

Hadirnya Dia - Eizda Amani


Tajuk:  Hadirnya Dia
Penulis:  Eizda Amani
Penerbit:  Fajar Pakeer
Harga:  RM18.00

Saya suka buku ini.  Walaupun sedikit dramatik, secara keseluruhannya ianya realistik.  Juga diselitkan sedikit hukum hakam agama seperti ibu susuan, poligami yang diharamkan sesama adik-beradik dan sebagainya.  Cerita ini mengenai seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama nenek, ibu saudara dan sepupu.  Belajarnya setakat SPM dan bekerja di sebuah taska.  Pergi kerja balik kerja hanya dengan mengayuh basikal.  Pandai memasak dan menjahit.  
            Watak Syifa digambarkan sebagai gadis biasa yang tidak 'control' ayu dan tidak juga kasar.  Biasa-biasa saja.  Tidaklah tersipu-sipu malu bila dipuji dan tidaklah pula memberontak apabila marah.  Tidaklah hanya berserah, menangisi takdir hidup tapi pandai keluar dari masalah diri dan pandai berkata-kata untuk mempertahankan diri.  
  
    Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu.  Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah.  Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.  

  "  Nasib baik muntah biasa.  Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi". 

Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL.  Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu.  Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.  

"Syifa... saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan Syifa kelu.  Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuiz, yang terlebih dahulu melamarnya.  

Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya?  Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa?

No comments:

Post a Comment