Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, September 17, 2013

13 Jam A380 - Evelyn Rose - Karya Seni


Ingatkan cerita misteri masa baca tajuknya, rupanya cerita cinta juga.  13 jam itu adalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke London manakala A380 adalah nama pesawatnya.  Tidaklah tahu betul ke tidak, hanya orang MAS boleh mengesahkan. :)

Tajuk Novel:  13 Jam A380
Penulis:  Evelyn Rose
Penerbit:  Karya Seni
Harga:  RM28.00

13 jam didalam perjalanan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haidar, jejaka idamannya.  Mencipta kenangan terindah di langit biru.  Mereka bergelar kekasih untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama (macam Titanic pulak), merasai enaknya Caramel Latte bersama...tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.  
         " Hana, thank you for last night..but I can't have cocaine all the time." - Syed Haydar.  
Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.  

Friday, September 13, 2013

Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha



Tajuk :  Pergi Tanpa Alasan
Harga:  RM23.00
Penulis :  Hani Fazuha
Penerbit:  Idea Kreatif
Tahun:  2013

Saya ingat, 'sad ending', bila baca tajuknya itu, tetapi rupanya 'happy ending'.  Boleh tahan juga ceritanya, macam Ombak Rindu sikit-sikit.  Itu sahaja 'review' saya.  Untuk cerita selebihnya, sila baca sinopsis, dan seterusnya beli/sewa novelnya.  :)

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa.  Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan.  Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya-raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.  

             " Kahwin dengan I Rin, I'll pay two million", - Hakim.  
      "  Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim".  - Rihana.

Ok, cukuplah.  Cerita ini ada digambarkan pantai di Terengganu.  Suka.  Penulisnya, Hani Fazuha / Zunaidah Zakaria berasal dari Rantau Panjang, Kelate.  Novel-novel terdahulu beliau adalah Mengukir Bahagia, Bebunga Kasih, Harga Sebuah Kasih dan Hati Kala Cinta.  Kesemuanya diterbitkan oleh Alaf 21.    




Wednesday, September 11, 2013

Gila-Gila



Khabarnya Gila-Gila diadaptasi dari majalah Mad dari Amerika Syarikat.  Gila-gila merupakan majalah humor yang sentiasa di hati saya sejak kecil.  Di rumah di kampung dulu, kami punya banyak koleksi majalah ini disamping majalah lain seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Fokus, dan sebagainya.  Bukan hanya kami adik-beradik, tapi anak-anak saudara yang masih kecil ketika itu juga minat majalah ini.  Bila datang, mereka akan masuk ke bilik yang menempatkan rak buku dan majalah-majalah ini, dan diam di situ.  Minat membaca ditanam dalam diri mereka melalui majalah ini.  
             Paling saya suka adalah ruangan Aku Budak Minang dan Tiga Dara Pingitan.  Kini, hanya tinggal Tiga Dara Pingitan sahaja.  Tapi keluaran terbaru bulan ini Cabai melukis/menulis ruangan Jantung pula. Harap-harap, Tiga Dara Pingitan masih menjengah seperti selalu.  Majalah ini memang boleh release tension. Tadi pun baru saja budak darjah 6 datang beli.  Mula-mula beli buku latihan Sains (esok exam Sains UPSR), then , balik.  Tapi kemudian datang lagi, beli Gila-Gila.  I guess she knew, this is not the time to study anymore, this is the time to set your mind at ease.  So, come and get your copy at NAZQIM BOOKSTORE.  

Thursday, August 15, 2013

Pra Persiapan untuk Mati



                    Tiga perkara berkenaan manusia yang menjadi rahsia Allah adalah rezeki, jodoh dan maut.   Jadi, jangan dikutuk jodoh orang kerana ianya sudah tertulis di loh mahfuz siapa pasangan kita di dunia ini. Janda, duda, teruna atau dara, bukan urusan kita.  Bimbang andai kita terlalu berkeluh kesah, ianya menjadikan kita seolah-olah mempersoalkan urusan qada' dan qadar Allah.  Yang pasti, lelaki baik untuk perempuan yang baik, lelaki jahat untuk perempuan yang jahat.  Jangan dihina teruna menikahi janda, kerana Nabi kita juga mengahwini janda untuk perkahwinan pertama Baginda.  Terima seadaanya pasangan kita. Tutup mata kepada kelemahannya tetapi fokuslah kepada kelebihannya.
   Juga jangan dihina akan pekerjaan orang lain.  Asal ianya halal, waima pencuci tandas sekalipun, jangan dihina.  Jangan berbangga dan riak dengan pekerjaan dan pangkat kita.  Semuanya pinjaman semata.  Akal kita, walau sebijak mana pun kita, ingatlah, ianya kepunyaan Allah belaka.  Jangan dihina ana-anak yang lambat dalam pelajaran.  Sehebat mana pun kita rasa diri kita, ingatlah, satu pun bukan milik kita.  Tiba masanya nanti, semuanya itu akan tiada lagi.  Orang kerja pejabat, bila tiba masa, akan berhenti, akan pencen.  Yang berniaga juga begitu, tidak selamanya akan mampu menguruskan perniagaan.  Tiba masa akan diserahkan kepada waris. Semuanya sementara.    
        Daripada pening kepala dan buang masa mengumpat mengenai jodoh orang, baiklah kita menyibukkan diri kita membuat persiapan untuk mati.  Saya petik sedikit isi dari artikel ruangan Berita Akhirat dari Majalah Anis keluaran Ogos 2013.  Ianya tulisan Ustaz Roslan Mohamed dengan tajuk Pra Persiapan untuk Mati.  Antara langkah utama ialah:-

1.  Banyak mengingati kematian
2.  Memiliki persiapan dalam menyambut saat kematian
     - bermaksud mengerjakan amalan soleh sebanyak-banyaknya
3.  Sentiasa Memiliki Keinsafan
4.  Sentiasa merasakan bahawa kematian adalah petanda bahawa kenikmatan dunia sudah tamat dan ia akan      dikembalikan semula kepada Allah SWT.
5.  Persiapan Secara Aqil
     - menghayati betapa manusia akan menghadapi sebuah perjalanan yang merentasi empat alam, iaitu alam          janin, alam dunia, alam barzakh dan akhirnya alam akhirat. 
6.  Memiliki kefahaman yang mantap tentang hakikat alam kubur.
     - sabda Rasululullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri,"Sesungguhnya                 kubur itu adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga ataupun ia juga menjadi lubang daripada           lubang neraka".  (Riwayat Muslim)

Friday, July 26, 2013

Apabila Sudah Tiada

Sedikit petikan dari Harian Metro, Jumaat, 26 Julai, 2013, ruangan Wang Anda, tulisan Irfan Khairi:-

Ramai yang faham mengenai konsep dan pentingnya wasiat, tetapi masih ramai yang belum melakukannya dan memerlukan bantuan dalam melakukannya.  Wasiat yang lengkap perlu menggariskan bagaimana soal kewangan serta harta yang anda tinggalkan perlu diedarkan serta prosedur yang perlu diikuti keluarga tercinta.  
         Pastinya anda juga pernah mendengar kisah keluarga bergaduh akibat harta selepas pemergian orang tersayang dan tidak kurang juga kisah harta yang terpaksa dibekukan akibat tidak meneydiakan wasiat yang lengkap.  Semoga dijauhkan keadaan sebegini apabila kita sudah pergi.
         Cara terbaik dalam menangani wasiat adalah melalui peguam atau syarikat wasiat yang bertauliah dalam menyediakan dan melaksanakan wasiat.  Segala isi kandungan dan butir wasiat perlu lengkap dalam menangani harta peninggalan sekiranya anda pergi secara mengejut.  
        Jangan lupa juga wasiat perlu dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut penambahan harta kita.  
Soal insurans dan wasiat sememangnya berat untuk dibincangkan bersama keluarga.  Namun, ia satu keperluan yang amat penting dibincangkan bersama suami, isteri dan juga anak-anak.  Malang tidak berbau dan hidup mati di tangan Tuhan.  Pastikan peninggalan kita tidak meninggalkan beban kepada keluarga yang tercinta satu hari nanti.  


Photo: Ambil langkah pertama! Like & Share ;)

Like page fb Irfan Khairi sekiranya belum!

Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur?









Terima kasih kepada pelukis dan penulis gambar/carta ini.

Hari Nuzul Al-Quran

Hari ini public holiday bagi sesetengah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang dan Terengganu.  

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. ( Sumber: Wikipedia).
Mengajilah selalu, bukan hanya di bulan Ramadhan.  Cuba sedaya upaya untuk mengaji walaupun sekejap setiap hari.  Selalunya orang mengaji selepas solat Maghrib dan Subuh.  Any time will do.